Friday, July 19, 2013

Mari kita renung sebentar ye...

SEKADAR P’INGATAN BUAT SAHABAT2KU….
RAMAI YG MENGAKU BERCINTA UTK MENGUBAH PASANGANNYA...
ADAKAH APA YG DIA LAKUKAN ITU CARA TERBAIK...
DGN BERCINTA SESEORG BOLEH DIUBAH??MUNGKIN...
TP.....
HARUS DIINGAT MATLAMATSAMA SEKALI TIDAK MENGHALALKAN CARA..
RAMAI B’PANDANGAN KITA PERLU B’CINTA UTK MENGENAL PASANGAN….
TANPA P’KENALAN MUSTAHIL CINTA B’TANDANG,
TANPA P’CINTAAN MUSTAHIL KESERASIAN DI KESAN.
MEREKA SEBENARNYA T’LEPAS PANDANG….
KERANA DLM ISLAM ADA TAA’RUF DLM TEMPOH RISIK & B’TUNANG YG MELIBATKAN MAHRAM, BUKAN BERDUA2AN TAA’RUF ITU M’DEDAHKAN KITA KESERASIAN….
CUMA TA’RIF TAA’RUF & SERASI DLM FIKIRAN MANUSIA B’LAINAN….
ISLAM MENGAJAR MANUSIA B’TAA’RUF YG ADA HAD SEMPADAN, T’PELIHARA & T’JAGA DR KEMAKSIATAN….
BUKAN TAA’RUF MELALUI CINTA SAKAN ISLAM ITU MENGAJAR SERASI DGN AJARAN TUHAN, BUKAN SERASI DGN KEHENDAK PASANGAN MASING2….
CITA AR-RAHMAN YG M’JAGA KEBAHAGIAAN….
LANTARAN ITU BATASNYA YG TIDAK BOLEH DIPERMAIN2KAN........
MOGA2 SAHABAT2,ADIK,ABG2,AKAK2 SAME2 KITA MENGUBAH DIRI KITA....
RENUNG2KANLAH…………

Jaga Lidah,jaga hati..jgn diturutkan kehendak nafsumu itu

RENUNGKAN
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. ‘Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki. nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. ‘Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?’ Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. ‘Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,’ katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri… Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis… Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah swt sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
~muzakarah ilmu~

Apa salah saya?????

Bismillah,nak kongsikan sedikit cerita

Dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa. Sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..." 9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia. Oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia. Sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya. Tapi takper la, penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak. Saya percaya itu. Hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perutnya. Saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi. Semalam ibu sakit perut.

Ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya, ibu terpaksa sakit perut segala..." tapi apa kan daya mulut saya belum terbentuk sempurna. Tapi kan saya sungguh pelik. Kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung? Tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut. Oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perut agaknya...Malam nih ibu tidur lewat. Ibu tunggu ayah barangkali. Mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan? Sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam. Ibu..... saya sejuklah. Tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah. Takper, saya rela bersejuk. Sampai 2pagi baru ayah datang. Dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.Kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perut, mana boleh ngorat. Tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah. Bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise. Romantiknya ibu ayah saya!! Mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.

Tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.Cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perut ibu. bergegar saya dalam perut ibu.Apa nih ayah, saya sakit lah. Belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.Saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat. Tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham.... Then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.Ayah tolak. Aik, takkan dorang nak beromantik kat sini kot? Ganasnya ibu ayah saya. Tiba-tiba ayah pijak perot ibu. Adoi sakitnya saya!Ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. Jom lah kita kawin..." Ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.Yer la, saya pening di sepak terajang. Tapi kenapa ayah buat saya macam nih?Kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?Kenapa...................

Lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi. Ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek. Ibu duduk dengan kawan dia. Aunty Mira kot nama dia.Saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas. Saya sakit tau bila ibu minum air nenas? Tapi... ibu sayang saya. Jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.Tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis. Pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis. Saya tak paham lah kenapa. Kenapa yer korang?Makin lama, saya makin besar. Ibu dah tak penah keluar rumah.Yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat. Jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidur.

Saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis. Mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!Nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu.. Oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang. Dia tengok ibu. Dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia. Ohh, rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh. Mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu. Sukanya saya.Saya ingat ayah benci saya tadi. Ayah nih pandai bergurau lah. Tapi ayah tak duduk lama pun. Ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.Ayah tak pegang pon saya. Mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.

Tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe. Dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat. Saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perut ibu.Saya rasa saya nak keluar. Saya dah hint ibu banyak kali dah.Saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil? Kenapa ibu tak pergi hospital pon? IBU, SAYA NAK KELUAR NIH..... ibu mengerang dan meneran kuat.Saya nampak aunty Mira duduk tepi katil dan biar ibu terus meneran dan keluarkan saya. Aunty Mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..." dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.Kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan? Maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu. Saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik. Itu janji saya pada ibu.... dan ayah. Aunty Mira letakkan saya dalam kain batik. Ape la aunty nih mandi kan la saya. Tak seronok lah ada darah-darah nih. Karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya. Ibu dah la tengah terbaring sakit.

Wah indah nya dunia. Ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga. Akhirnya saya terkeluar juga. Nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas. Tiba-tiba ayah datang. Ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..." ibu tersenyum dalam sakit. Ayah angkat saya laju-laju . Rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe. Ayah bawak saya keluar rumah.

Ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak. AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU. Dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor. Tapi ruang yang terbuka cuma kecil. Ayah tutup saya dengan beg kerjanya. Sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan. Saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok. Tak sabarnya di peluk, di cium.... dan ayah berenti di satu rumah flat. Mungkin nenek dan atok saya duduk sini. Ayah bawak saya naik atas, guna tangga. Kenapa tak guna lif ayah? Saya kan berat kesian ayah. Nanti saya balas jasa ayah yer. Sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga. Sunyi tempat tu.Mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi. Ayah ni kan...... ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi. Ayah ikat semua sekali. Sampai saya tak punya ruang bernafas.

AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.SAYA BELUM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.SAYA BELUM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.SAYA BELUM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.SAYA BELUM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.AYAH...................

Dan saya rasa saya tercampak jauh..Berlegar-legar sebentar sebelum terus jatuh mencium tanah.Sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok. dan sampai ke tanah............. Mungkin saya di takdirkan untuk hidup hanya setakat ini. tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing. Kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.

OH AYAH KU.......TAPI.............APA SALAH SAYA?KENAPA INI NASIB SAYA?AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIDUP MELIHAT DUNIA?BERTAPA INGIN SAYA HIDUP MEMBALAS JASA?BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDUP BAHAGIA?AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDUP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...

Tuesday, February 28, 2012

susahnye nak didik hati jadi baik

fikir senang ke nak berubah drpd buruk kpd baik??

tak susah wahai sahabat,pembce,pemerhati sekalian...

klo kte bwat sesuatu bnde LILLAHI TA'ALA..insyaAllah..mudah je..btul tak??

begitu jge dgn iman kte,,klo kte sntiasa istiqamah mlkukan ssatu perkre dgn niat yg ikhlas,hati yg

tulus,insyaAllah :)

sme2lah muhasabah diri